...

Tuesday, June 28, 2011

Persediaan dari segi kecantikan Menjelang hari Bahagia

Persediaan Sebelum Make Up
==================================

Kawen. Walaupon cuma satu perkataan je namun persiapan untuk melaksanakan
sepertimana diimpikan sangat la rumit..banyak benda yang harus diselesaikan..
dari kursus kahwin, wedding planner, khemah, jemputan,  PA system, DJ,photographer
&videographer , hantaran sampai ke door gift...tu
belom termasuk benda2 simple dan kadang masalah2 yg datang dalam masa persediaan..


Saya tak nak cerita pasal ni, saya lebih prefer menyentuh soal kecantikan.
Semua org mahu tampil menawan dihari bahagia...sedaya upaya hire make up
artist  ( MUA) professional walaupon kadang dalam pakej dahpon termasuk make up.
Semuanye kerana mahu tampil 'super cantik'.
Bukan semata2 make up artist main peranan, namun persedian pengantin sendiri
memainkan peranan yg memberi impak cukup besar. Jom kita tgk apa point yang sy
cuba sampaikan.

1) Contact lense

Colour contact lense yang agak obvious dari warna hitam asal mata menyerlahkan lagi
solekan mata. Contoh macam grey cair. Sy pernah tengok pengantin pakai color purple..bole tahan lawa okeh. Kalau yang tak biasa bercontact lense, jangan la hari sebelum
persandingan barulah terhegeh2 mencari contact lense.BIASAKAN dulu  at least dalam 2-3 hari.
Jadi masa make up takde la mata berair je...nak biasakan contact lense lagi...nak menahan geli akibat berus
make up lagik.


**gambar dari google

2) Facial

Macam dah jadi trend beberapa hari sebelum persandingan pengantin dapatkan pakej facial.
Facial memang bagus...dengan syarat, anda sudahpon biasa dengan rawatan facial di SPA tersebut.
Ada produk yang tak sesuai dengan muka, bukan takat tak jadi licin..jerawat pulak yg merata2 kat muka.
Haru jadinye.

Buat la facial at least 2 minggu sebelom..kadang lepas facial ada sedikit rashes, still bole hilang
dalam tempoh tersebut.

3) Bibir

Jangan la bila hari sanding bibir kering mcm kulit pokok..menggelupas sana sini dan berharap MUA buat magic jadikan bibir mungil bak limau merekah..sapu lipstic
bole la..texture bibir tu apa bole buat. takat sapu lips moisturizer pon sikit2 boleh la menolong.
Namun begitu ada satu petua yang mungkin membantu. Caranye sebelum tidur sapukan sedikit mentega di bibir.
Jangan tidur di tempat bersemut, dibimbangi bibir terlebih mungil bila bangun tido akibat gigitan
semut tersebut. Huru Hara. Bangun tidur, basahkan bibir dan ambik tuala basah.. slowly gosok bahagian bibir untuk hilangkan sel kulit mati di bibir..Bila pakai lipstick, lipstick pon tahan lama. Cubalah.

**gambar dari google

4) Moisturizer/ base

Untuk memakai apa2 lapisan sebelom make up..digalakkan minta pendapat MUA dahulu. dibimbangi produk yang digunakan
memberi outcome berlainan pula. Maklum la MUA pon ada menggunakan 'favourite make up product' juga dalam make up, tak semestinya smua brand produk sesuai bila dicampor.

5) Sediakan kerongsang, baju n aksesori, inner, tudung, anak tudung kat satu tempat sebelom memulakan make up.
Jadi takde la waste masa tercari sana sini kan.


6) Threading kening/misai

Kalau yg jenis berbulu dan tak suka dicukur..buat la threading dalam tempoh 2,3 hari sebelom majlis.
Kalau tak kisah dicukur...serahkan pada MUA.

**gambar dari google

7) Email gambar makeup/ hairstyle /style tudung kegemaran.

Yang ni penting. Setiap org ada impian sendiri. Kadang taste MUA tak sama ngn apa kita impikan.
Mungkin colour lipstick favourite kita takde dalam simpanan MUA, sape frust? pengantin jugak.
Kalaupon MUA tak mintak..emailkan ajerrr..at least MUA tau taste anda.

8) Berdoalah

Sebelom make up, ambil secawan air dan berselawat sebanyak 7 kali ke atas junjungan Nabi SAW.
Niat dalam hati, mohon diserikan wajah dan ditenangkan hati oleh Allah SWT.
Kalau tahu, baca potongan surah Nabi yusof.




**gambar dari google

Owh yer, ni tips semasa make up..bukan lagi sebelom make up.
Kurangkan la kesibukan semasa make up..tenangkan pikiran dan serahkan ajer muka kat MUA. Jangan time ni la nak angkat phone berkali2, time MUA pakaikan gel eyeliner, time ni la nk buka mata nk borak2 ngn member, time ni la nk inform org sana sini nk guide jalan semua member. Tau tak kenapa org zaman dulu2 ada petua tak nak ramai org dalam bilik make up, kononnye tak naik seri? Sebenarnye tak nak ada terlalu banyak gangguan dan semasa make up tak bole concentrate...so out come more or less akan ada perbezaan.

Cukup untuk kali ni saya mengomel...kalau ada lagi sambungan hasil dari pemerhatian saya, saya akan update nanti. Nampak ganas tapi ikhlas.

Salam Sayang,
Dsadar.

Monday, June 20, 2011

Upgrade wedding hairstyle bersama Sifoo Nazliman

Wooooh memang best blaja hairstyle bersama lelaki berhati mulia ni..serius..he is the real sifoo.
Banyak style rambut dan sanggul yang diajar tapi sy kureng snap gamba...tapi ambik video..=(
Sesiapa yang berminat nak tengok hasil kerja  atau nak hire beliau as make up artist sila2 la ke blog NAZLIMAN
Serius...xkan rugi!



Friday, June 10, 2011

Majlis Akad Nikah Hidayah :: 10 jun 2011

Untuk pertanyaan dan tempahan Make Up :
HP No: 017-2429142
email : dsadarfoto@yahoo.com
**Pilihan Tepat Hari Penting Anda**




Monday, June 6, 2011

Majlis Persandingan Nurul :: 5 Jun 2011

Sikit sangat gamba yg sempat di snap. Yang ada ni pun bukan 100% siap sbbnya blom kemaskan lagi style rambut. Rambut side kanan di pinkan kemas ke belakang...Kita tgk gamba apa yang ada je la ek..kalau berkesempatan sy akan cuba mintak dr photographer.

Majlis Akad Nikah Nurul :: 4 Jun 2011


Untuk pertanyaan dan tempahan Make Up :

HP No: 017-2429142
email : dsadarfoto@yahoo.com
**Pilihan Tepat Hari Penting Anda**




Sunday, June 5, 2011

Majlis Persandingan Inayah :: 4 Jun 2011

Untuk pertanyaan dan tempahan Make Up :
HP No: 017-2429142
email : dsadarfoto@yahoo.com
**Pilihan Tepat Hari Penting Anda**


**Atas Permintaan, kening pengantin di bawah tidak dicukur.




Friday, June 3, 2011

Majlis Akad Nikah Inayah :: 3 Jun 2011

Alhamdulillah dari sehari ke sehari saya berusaha untuk memperbaiki cara make up saya untuk pastikan hasil make up yang terbaik untuk para customer saya...dan ianya membuahkan hasil. Satu kepuasan apabila dapat memenuhi permintaan dan harapan customer... Saya takkan berhenti dari berusaha untuk menambah ilmu untuk pastikan hasil kerja saya diterima dan disukai.

Untuk semua peminat hasil make up mahupun customer atau bekas customer, terima kasih di atas sokongan yang tak pernah padam dalam menyokong perjuangan saya. Saya 'kurang sikit' dalam menulis kat blog ni..tapi saya harap kita tetap 'dekat'. Akan saya pastikan blog ni ber 'update' dengan gambar2 make up hasil seni saya dari semasa ke semasa.


Salam Sayang,
Dsadar


Untuk pertanyaan dan tempahan Make Up :
HP No: 017-2429142
email : dsadarfoto@yahoo.com
**Pilihan Tepat Hari Penting Anda**

Jom tengok gambar pengantin seterusnya :


**Atas Permintaan, kening pengantin di bawah tidak dicukur.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...